30 November 2009

Usaha Pakatan Dajjal Fitnah Tok Guru

Ana sudah tidak tahan dengan sikap kumpulan Pakatan Dajjal yang telah menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan pakatan jahat Dajjal UMNO berganding dengan Dajal PAS dan juga Dajjal Profesional.

Dajal Profesional telah mengambil posisi ditengah-tengah persengketaan politik dalam negara Ana yang telah 'jahanam' angkara daripada pemerintahan Kerajaan Dajjal UMNO. Dajjal Profesional kini telah berjaya menyelinap masuk berada dalam jemaah Ana melalui bloggers. Segala maklumat strategi rahsia jemaah Ana sudah berada dalam 'genggaman' mereka.

Petanda Kiamat Kian Hampir

Assalamualaikum saudara-saudaraku yang dikasihi. Ana rasa bersalah terhadap Allah SW sekiranya Ana tidak berkongsi apa yang tergambar dimata hati serta akal fikiran yang kerdil ini mengenai apa yang berlaku dalam negara kita bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh kerajaan Dajjal UMNO yang dipimpin oleh Dajjal bernama Mahathir.

Apabila keluarnya Anwar Ibrahim dari penjara dan telah berganding 'tenaga aura' dengan Tok Guru Nik Aziz, perjuangan yang menggunakan bahtera yang dinamakan Pakatan Rakyat, Kerajaan Dajjal UMNO mula ditampar, diterajang dan hampir-hampir dihumban kedalam kawah najis ciptaan Dajjal itu sendiri. Oleh sebab itulah serangan sekarang ditujukan juga terhadap Tok Guru Nik Aziz.