16 May 2010

Mereka Yang Tergolong Dalam Pakatan Dajjal

Malangnya negara kita mempunyai Kerajaan yang sanggup berbuat apa saja demi untuk mengekalkan KUASA sehingga sanggup bersekongkol dengan 'musuh utama' Umat Islam iaitu Yahudi Zionis.

Semua telah maklum akan kebencian Rakyat terhadap Kerajaan UMNO/BN angkara FITNAH Tun Dr Mahathir (TDM) terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

TDM wajib bertanggungjawab akan kezalimannya yang telah menghumbankan DSAI kepenjara. Disinilah gelombang kebencian Rakyat terhadap Kerajaan UMNO/BN semakin membuak-buak. Akibat ketakutan yang teramat sangat dengan 'kelebihan' yang Allah swt kurniakan kepada DSAI merupakan punca TDM bertindak sedemikian.