02 December 2009

Semakin Jelas, Tok Guru Adalah 'Wali Allah'

Serangan terhadap Tok Guru 'wali Allah' makin hari makin hebat dengan usahasama mereka-mereka yang sudah berjaya 'disesatkan' oleh 'ketua' mereka. Serangan ini disasarkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang dengan lantang menentang akan niat beberapa pimpinan PAS yang telah berjaya diatur diperingkat pusat untuk 'berkahwin' dengan UMNO.

Berbagai fitnah telah dihidangkan kepada rakyat bagi mempercayai dakyah jahat mereka terhadap Menteri Besar negeri 'Serambi Mekah' ini. Serangan terbaru terhadap Tok Guru Wali Allah berlaku semalam dimana dikhabarkan beratus-ratus penduduk Kelantan ( bukan penduduk Kelantan, UMNO Kelantanlah) mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan Boss UMNO dan yang seangkatan dengannya.



Mereka yang terlibat telah memulakan serangan terhadap Tok Guru Wali Allah dengan mencipta yang kononnya kerajaan Kelantan lebih 'teruk' daripada UMNO Barisan Nasional. Bermula dengan laporan permulaaan melalui Harakah Daily yang sekarang ini telah berubah arah daripada menjadi lidah rasmi parti PAS kepada lidah kelirukan jemaah.

Selepas paluan gendang dimainkan melalui Harakah Daily pagi-pagi lagi, sebuah laman yang juga sekarang ini telah mula menunjukkan peranan sebenar iaitu sebagai 'batu api' dan mempunyai agenda sendiri antara persengketaan pakatan yang mahu melakukan perubahan dengan barisan yang sedang menuju kehancuran.

Pada malamnya blog berkenaan telah mempublishkan artikel yang lebih terperinci lagi mengenai kononnya ada anggota dari MPKB yang tidak mahukan namanya disiarkan menceritakan akan 'kezaliman' yang telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Pada keesokkannya, bertebaranlah berita yang kononnya Tok Guru Wali Allah ini berhasrat mahu melepaskan jawatan. Yang menyedihkan, berita mengenainya juga telah dibuat oleh anak Tok Guru sendiri iaitu Nik Abduh. Sehinggalah dengan apa yang telah dilakukan semalam.....

No comments:

Post a Comment