16 May 2010

Mereka Yang Tergolong Dalam Pakatan Dajjal

Malangnya negara kita mempunyai Kerajaan yang sanggup berbuat apa saja demi untuk mengekalkan KUASA sehingga sanggup bersekongkol dengan 'musuh utama' Umat Islam iaitu Yahudi Zionis.

Semua telah maklum akan kebencian Rakyat terhadap Kerajaan UMNO/BN angkara FITNAH Tun Dr Mahathir (TDM) terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

TDM wajib bertanggungjawab akan kezalimannya yang telah menghumbankan DSAI kepenjara. Disinilah gelombang kebencian Rakyat terhadap Kerajaan UMNO/BN semakin membuak-buak. Akibat ketakutan yang teramat sangat dengan 'kelebihan' yang Allah swt kurniakan kepada DSAI merupakan punca TDM bertindak sedemikian.


Bermula disini juga, siri-siri kezaliman telah mula dipertontonkan kepada rakyat. DSAI telah dibelasah dengan begitu kejam sekali oleh Tuan KPN pada masa itu, Rahim Noor.

Cara yang biasa digunakan oleh Mosad (perisik Yahudi) juga telah dipertontonkan dimana cara pembunuhan yang sukar untuk dibuktikan. Racun arsenik telah dimasukkan kedalam cat didalam bilik dimana DSAI dikurung di penjara. Namun, dengan izin Allah swt, DSAI terselamat daripada perancangan jahat ini.

Pada masa itu mungkin ramai dari kalangan kita tidak terlintas akan kewujudan Mosad dalam negara kita bermula dari awal pemecatan DSAI lagi. Mereka cukup-cukup ‘takut’ terhadap DSAI.

Dengan izin Allah swt, DSAI telah dibebaskan dari penjara dan segala tuduhan berangkai terhadap beliau digugurkan serta merta oleh Pak Lah pada masa itu telah dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan TDM.

Sebelum pembebasan DSAI dan Pak Lah telah menjadi PM, negara kita tlah menempuh PRU-11 dimana Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menerima kekalahan yang teruk sekali seolah-olah peluang untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO/BN sudah ‘berkubur’.

Namun dengan izin Allah swt, satu pakatan pembakang yang diketuai oleh DSAI yang diberi nama Pakatan Rakyat telah membuat ‘kejutan’ semasa PRU-12 dan hampir-hampir berjaya menawan Malaysia.

Bermula dari situ, kehangatan semangat rakyat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN tidak pernah reda, malah semakin bertambah. Dalam keadaan ini, kewujudan kumpulan yang digelar sebagai TaskForce-13 telah mula dikesan.

Misi TaskForce-13 ialah mewujudkan suasana seolah-olah Pakatan Rakyat tidaklah sebaik seperti yang diharapkan oleh rakyat. Di situ, mahu tidak mahu, rakyat dipaksa untuk memberi sokongan kembali kepada kerajaan UMNO/BN.

Ejen-ejen TaskForce ini berada dimana saja, terutam sekali dalam PKR dan PAS. Blogers-bloggers juga tidak ketinggalan menjadi sasaran mereka. Mengenai gerak kerja mereka pembaca boleh ikuti dilaman-laman ini:

- Laskar Pelangi
- Penembak Babi
- Batuapi Firestone
- Kumpulan Orang Gila
- FreezoneTerengganu For Rakyat

Mereka-mereka yang sanggup bersekongkol dalam ‘Perancangan Jahat’ terhadap DSAI layak digelar sebagai Pakatan Dajjal.

No comments:

Post a Comment